Wednesday, February 11, 2015

Perasaan;



Assalamualaikum w.b.t.

Lagi dua hari, maka genaplah usia perkahwinan dua bulan antara aku dengan Encik Suami. Walaupun masih perlu berjauhan tapi percayalah, ini adalah perpisahan kami yang terakhir kerana selepas ini, InsyaAllah aku akan kembali ke pangkuan nya dan menjalankan kehidupan dan tanggungjawabku di sisinya secara sepenuh masa...

Perasaan aku setelah bergelar Isteri kepada Encik Suami?
Alhamdulillah dengan izin Allah, Kami akhirnya berjaya disatukan dengan hanya sekali lafaz nikah.. amin ya rabbil alamin.. sesungguhnya aku lah insan paling bahagia dan gembira saat mendengar ungkapan yang perlu bermakna 'Aku terima nikahnya Noor Azeanthy Binti Paiman dengan mas kahwin seratus ringgit tunai...'dan dalam sekelip mata, aku telah sah bergelar Isteri kepada suamiku. Ya Allah sesungguhnya hanya Engkau yang Maha mengetahui segala rahsia disebalik penantian kami selama ini...

walaupun kini kami terpaksa dipisahkan oleh jarak, sekurang-kurangnya aku kini masih berada di dalam kawasan negeri ku berbanding sebelum ini. aku yakin setiap yang berlaku sudah direncanakan oleh Allah kerana saat aku menanti hari perkahwinan ku, aku telah ditukarkan untuk balik bekerja di negeri sendiri dan alhamdulillah seminggu sebelum majlis perkahwinan ku, aku telah berada di Sabah di samping nya. Syukur ya Allah... dan kini secara umumnya, aku telah menetap di rumah adik kepada mentuaku di Tawau.. walaupun berjauhan, tetapi kami mengambil keputusan untuk saling bertemu sekurang-kurangnya dua minggu sekali.. *ada lah orang ni balik-balik buka web airasia or malaysia airlines untuk check tiket murah. Bila dapat tiket murah jak, terus apply cuti kalau perlu and terbang bertemu dengan sang suami yang setia menanti..

Alhamdulillah..walaupun berjauhan, perasaan sayang dan kasih antara satu semakin hari semakin menebal. Hanya telefon dan video bergambar yang mampu menjadi teman kala berjauhan tapi itu tidak menghalang kami daripada terus menjalankan kehidupan sebagai suami isteri. *jangan sangka bila sudah berjauhan, perasaan 'macam bujang' itu datang pula. no no no. insyaAllah aku dengan suami aku akan berusaha menghadapi rintangan yang mendatang...


Matlamat seterusnya?...
Alhamdulillah, kami bersyukur kerana akhirnya 2014 tetap menjadi tahun kami disatukan.. sekarang dah masuk tahun baru 2015, insyaAllah jika diberi rezeki, mungkin sudah tiba masanya untuk kami membina sebuah keluarga yang lengkap..dan aku menjadi ibu kepada anak kami.. cumanya, bila sudah berjauhan, keadaan ada sedikit sukar tapi its ok, kami sedang berusaha ke arah itu. maka bermacam-macam cara lah untuk mendapatkan zuriat *Encik Suami mesti tersengih-sengih baca ayat ini.. okay, insyaAllah.. Ya Allah,permudahkanlah urusan dunia dan akhirat kami.. aaamiinn..


okay, time up!!
i should go back to my task. Love you Mr Husband! See you by nextweek. yeayyy my babyboy will come to my place by nextween CNY, welcome to you darlinggg!! gudnite!





No comments: