Thursday, April 4, 2013

Doa buat kekasih;



Akan ku jejaki dirimu walau kita jauh terpisah.

Segeralah kembalikan ketabahan mu agar hatiku tenang saat kita berjauhan. Percayalah, aku pergi hanya untuk seketika, suatu saat nanti aku akan kembali membawa segulung Ijazah Sarjana yang menjadi harapan mereka semua.

Nantikan kepulangan ku wahai sang kekasih yang jauh di mata,
kau akan sentiasa di hati dan fikiran ku, sepertimana kau jadikan aku sebahagian daripada hidup mu, yang tidak pernah hilang dan lupus dari ingatanmu walau sesaat.

Doakan agar aku kuat dan tabah menghadapi segala rintangan sepanjang kita berjauhan sayang,
yakin lah bahawa hanya kau yang mampu dan layak untuk merangkul cintaku ini. Terima kasih kerana telah hadir dalam hidup ku dulu, dan mencintaiku seadanya aku.

InsyaAllah, saat yang dinantikan itu akan tiba tidak lama lagi. Sepanjang penantian saat itu, hiasilah diri kita dengan peribadi yang indah, sebagai persediaan untuk melangkah ke alam yang seterusnya. InsyaALLAH.
tidak lama lagi.


'Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir'

Amin.





3 comments:

NinaAz said...

amin :)

.dida mumin♥ said...

Pray for you sis...
All The Best then.. :)

Aemy Nadira said...

amin ya rabb... :)