Saturday, April 14, 2012

Siapa aku di sisi mu;

Setiap hamba Allah itu ada kisah di sebaliknya...

suatu ketika dahulu, aku pernah berjanji untuk tidak jatuh cinta lagi, kerana aku telah merasakan pedih yang teramat apabila cinta pertama ku terkandas jauh dari angan pelamin ku. Selepas tarikh yang memberi aku seribu pengertian tentang erti KECEWA, aku memulakan hidup tanpa seorang lelaki pun dalam hidup ku. Aku mengambil keputusan untuk menutup dan mengunci hatiku dan menutup mata dan hatiku untuk menerima lelaki dalam hidup ku,walaupun pada saat itu ramai yang cuba ingin mengubat luka hati ku, dan berjanji akan memberikan yang terbaik dalam hidup ku. Aku yakin mereka jujur dan tulus, namun selepas 2 tahun perpisahan pertama, aku masih hidup tanpa seorang lelaki. Dan betapa cekalnya aku melihat insan yg pernah aku sayang dan telah mengecewakan aku bahagia bersama orang lain dalam hidupnya, betapa aku masih mampu tersenyum, dan mendoakan agar dia bahagia di sana, walaupun pada ketika itu, aku lah insan yang paling malang sekali...


'orang kata, cinta itu menyakitkan..apatah lagi jika kita pernah di lukai, kecewa dan kesedihan...
 namun kata orang, tidak semua lelaki itu sama,setiap yang pergi pasti ada penggantinya..' -
 by Eyanz Azeanthy Paiman 

Dalam kepahitan melalui jalan-jalan yang berduri, ketika hati ku pada saat itu kini sudah semakin sembuh dan mampu melupakan segala kisah cinta lama, hidup ku telah di ketuk oleh seorang insan yang sangat menyintaiku, terlalu setia berkawan dengan ku,dan sentiasa mengambil berat tentang aku..aku cukup kuat untuk menolak cinta insan lain sebelum itu, namun dengan dia, hati yang sekeras ais atlantik ini bagai cair dimamah api yang membara. Hatiku yang penuh dengan kebencian terhadap lelaki mula terhakis sedikit demi sedikit oleh kata-kata peribadi dan perasaannya. Aku sedar, aku tidak mampu menutup mata dan hati ku untuk dia..kesungguhannya membuatkan aku sedar dan terharu,lalu ku buka hatiku, membuka segala kunci dan dinding yang menutup hatiku...dan betapa dia benar-benar mencintaiku..



Beberapa tahun sudah berlalu, aku mula memikirkan tentang masa depan ku..sampai saat ini dia masih mencintaiku sama seperti saat dia mula jatuh cinta terhadapku. Kasih sayangnya tiada tolok bandingan, mampu menerima siapa diriku seadanya. Aku bersyukur bertemu dengan insan yang ikhlas mencintaiku sepenuh hatinya...

Dan saat dia melafazkan kata untuk menjadikan aku miliknya, aku yakin dia bukan berpura-pura..aku yakin dia ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk menjadi milik aku. Akhirnya segala yang dia inginkan menjadi kenyataan, aku menerimanya dengan hati yang terbuka dan penuh kesyukuran...

'kini saatnya telah tiba, dua hati dan cinta yang semakin mekar ini akan disatukan dengan lafaz mulia yang disaksikan oleh keluarga dan Allah, bersama sebentuk cincin indah sebagai tanda kau milikku, dan aku  milikmu secara rasmi disisi Islam...' - Eyanz Azeanthy Paiman.

Thank you for loving me all this time, Noorlizam Jamlee @NJ.







8 comments:

Akue Achik said...

smoga cinta itu milik kalian..sampai akhir nyawa..Amin.. :)

undang sy mkn2 kawen nnt ya..hehe

Eyanz Azeanthy Paiman said...

terimakaish dear..


amin...=)

Cici Dyesebella said...

feels the same way before,apa pun semua berubah after jumpa "real prince" hehehe..apa pun hope both of u happy ever after k...^_^

Misya Mialen said...

amin dik, moga selalu bahagia dik;) aku pun pernah terluka jg dik. lepas 3 thn kecewa baru jmpa pemilik tulang rusuk aku yg sebenar. ;)

millerJ said...

all the best for both of you sis.. wishin u happily ever after ;) we'll never know how does it feel until we meet that right person ^__^

echaRierie said...

yan..1st paragraph hmpr sm dgn sy..
hehe..

InsyaAllah amin..semoga yang di rancang berjln lancar.

sy mendoakan yang terbaik utk yg terbaik :D

Aemy Shamy said...

everything happens for a reason :)
this is so sweet, im happy for u, dear...harap kebahagiaan itu milik kamu berdua smpai ke akhir hayat..amin.. :)

Leadership Developmant Training said...

kunjungan gan.,.
bagi" motivasi.,.
Orang miskin bukanlah seseorang yang tidak mempunyai uang,
tapi ia yang tidak memiliki sebuah mimpi.,
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,